
Jilid 1: Membina Produk, Pasaran dan Pertumbuhan
by Shah Abd Latif
Buku ini ditulis sebagai sebuah manual praktikal bagi mereka yang mahu membina perusahaan inovasi (startup) dalam konteks pasaran Malaysia. Ia membahagikan perjalanan pembinaan startup kepada lima fasa utama - Penemuan, Pembentukan, Pengesahan, Product-Market Fit, dan Pertumbuhan - bagi membantu pengasas menukar ketidakpastian kepada pengetahuan dan membina perniagaan yang mampan secara berperingkat.